Thursday, November 10, 2005





Kegilaan Permainan Golf

... sejak pertama kali manusia menghayunkan bola dalam permainan bernama golf,perasaannya terus tergoda mencari jalan untuk memperbaiki permainannya.Keunikan permainan ini memastikan beliau terus mencari-cari. Di dalam permainan golf terdapat pemenang yang jelas dengan mereka yang kalah dan setiap orang tidak mahu berada dipihak yang kalah. Kejayaan dalam golf bukanlah suatu pandangan. Tiada hakim yang yang akan memberi markah kepada isi dan nilai artistik; tiada teman yang akan dipersalah ketika menghadapi kekalahan, hanya kad markah yang menjelaskan keputusan dan bukti tertulis ini akan dipertontonkan kepada semua. Maksudnya, dalam permainan golf tiada tempat untuk bersembunyi. Paling tidak pun ia tidak mampu menipu diri sendiri.

No comments: