Thursday, September 30, 2004

Taegukgi

semlm pegi tgk movie ni..Taegukgi ..maksud dalam bm persaudaraan...terdetik nak pegi tgk cite ni since aku tgk banner dia yang ada tulis "Korean All Time Box Office Movie"...cite pasal zaman perang dulu antara s.korea and n.korea...pasal adik beradik yang dipaksa menjadi askar...terpaksa meninggalkan ibu dorang yang pekak dan bisu.....hhmmmm....sebak tgk cite ni...lin pun siap ngangis tgk cite ni..dan yg paling..mamat duduk sebelah aku...dress up macho gile...ala2 hong kong punye super star....tapi bila satu bab yg betul2 sedih..mamat yg dok sebelah aku ni...leh menitis air mata dia ..hahha kalah awek dia....aku dari nak jadi sedih..terus gelak guling..kekekke...tapi ape2pun..kalau ada peluang utk korang tgk cite ni pegi...tak rugi..lepas tgk cite ni semlam...aku n wife aku ..gi tgk new police story..tak silap aku...dia ada tiru satu cite cina lain yang guna softgame as way for terrorizing...4 star for JC movie.

Monday, September 27, 2004

KL to Beijing

one way air ticket...99cent...
anyone..nak ikutker??
takde mood nak keje ari ni weiiiiiiiiiiii nak balik tidooooooooooooo
serius no mood nak keje..nak balik tido jer
treasure hunt = KL - Penang..

dapat no 18 out of 55 cars...
penat gila..since jalan jauh and hujan lebat nak mampus all the to penang...alhamdullillah segalanya berjalan lancar.. amin

Monday, September 20, 2004

Bali Bali Bali

semalam gi beli tix to bali...yahooooooooooo

Friday, September 17, 2004

nak tgk kete tiara baru pi sini http://shw.fotopages.com/2328864.html

Tuesday, September 14, 2004

sapo penah cabut gigi bongsu??
sakit ker??
bape lama dia sembuh??

Monday, September 13, 2004

MaMpUs CaMnI

rokok naik harga...uihs..
20btg = rm6.50
14 btg - RM4.70
10 = RM3.6

ingat time skolah dulu...sebatang 20 sen jer...
kalau beli kotan 20 btg..baru rm3..

nape laa lambat membesar :p

Tuesday, September 07, 2004

bought one board game and 2 books.
beli monopoly malaysian version - rm90 - diskaun 40% huhuhuu - rm54beli buku
1. 7 formula individu cemerlang by Dr Zainal Abidin - 2. Success Secrets by Merrill Douglass - damn cheap this book sold at Rm14.90 - 40% jadi rm9lebih huhuhu
tq bnm..kerna sponsor kekekek

Friday, September 03, 2004













Thursday, September 02, 2004

susahnye nak OT skang ni..
cam zaman red tape balik :(

but ada satu ayat yg bes kuar dari mulut bos baru aku..
"rosli...u kene remind laa staff pasal OT ni..coz ada SE gak yg main claim je...and pasal syaiful ni ..i tau he should be promoted..just matter of time je skang ni"

arap2 naik laa cepat amin
Anwar Ibrahim bebas!


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengecapi kebebasan hari ini apabila Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan sabitan dan hukuman liwat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi empat tahun lalu.
Dua daripada tiga Hakim Mahkamah Persekutuan – Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud – membenarkan rayuan Anwar terhadap hukuman tersebut.
Seorang lagi penal ialah hakim Datuk Paduka Rahmah Hussein. Berikutan itu, Anwar dibebaskan selepas lima tahun berjuang melalui mahkamah untuk mengenepikan kedua-dua sabitan dan hukuman bagi kesalahan salahguna kuasa dan liwat.
Anwar yang kini berusia 57 tahun telahpun selesai menjalani hukuman enam tahun penjara bagi kesalahan salahguna kuasa dan kini sedang menjalani hukuman sembilan tahun penjara bagi kesalahan liwat.
Menurut Hakim Abdul Hamid, Mahkamah Tinggi telah tersilap dalam mensabit dan menjatuhkan hukuman penjara terhadap Anwar.
Di samping itu, katanya, terdapat keterangan saksi utama pihak pendakwa, Azizan Abu Bakar, juga tidak disokong.
“Kami tidak mengatakan Azizan adalah seorang pembohong tetapi dia bukanlah seorang saksi yang dikatakan oleh mahkamah rendah,” katanya.
Rakan pelakuan
“Dia tidak boleh dianggap berwibawa kerana dia telah memberi tiga tarikh membabitkan tiga tahun yang berlainan (mengenai bila perbuatan liwat yang didakwa itu, berlaku).
Malah, katanya, Azizan juga merupakan rakan pelakuan dalam perbuatan yang didakwa itu kerana tiada terdapat bukti-bukti yang dia membantah.
Tengku Baharudin juga membenarkan rayuan Anwar, manakala Rahmah dalam keputusannya menolak rayuan tersebut.
Sebaik sahaja mendengar keputusan tersebut, Anwar menguntum senyuman sambil memaling ke arah anggota keluarganya.
Manakala di luar mahkamah, para penyokong Anwar juga berpelukan sambil melaung tanda kegembiraan mereka berikutan keputusan tersebut. Mereka berkumpul di halaman Istana Keadilan di Putrajaya seawal 7 pagi tadi untuk mendengar keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut.
Ada di kalangan penyokong Anwar yang membawa sepanduk berbunyi 'Bebaskan Anwar' manakala yang lainnya melaungkan slogan reformasi. Anggota polis, termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), mengawal di sekitar kawasan berkenaan.
Diplomat asing
Juga kelihatan hadir ialah sebilangan diplomat asing dan pemerhati antarabangsa. Wartawan malaysiakini bagaimanapun, tidak dibenarkan masuk ke dewan mahkamah kerana tidak memiliki pas akhbar rasmi yang keluarkan oleh pihak kerajaan.
Anwar dijangka melepas ke Munich, Jerman minggu ini untuk menjalani pembedahan segera terhadap kecederaan tulang belakang yang dialaminya, yang menurutnya telah bertambah teruk selepas dibelasah oleh polis sewaktu dia ditangkap pada 1998.
Ini adalah pertama kalinya malaysiakini disekat daripada membuat liputan sejak media online ini mula membuat liputan perbicaraan Anwar sejak lima tahun lalu. Bagaimanapun, ia akan terus melaporkan perkembangan terbaru berhubung kes Anwar hari ini.
Para diplomat juga tidak dibenarkan memasuke ke dewan mahkamah yang telah sesak.
Anwar tiba di mahkamah pada jam 8.45 pagi dengan bantuan kereta tolak. Dia dibawa ke Putrajaya dengan sebuah ambulans dari Hospital Kuala Lumpur di mana Anwar sedang menjalani rawatan bagi sakit belakang sejak 12 Julai lalu.
Sebelum ini, tarikh mengumumkan keputusan terhadap rayuan Anwar itu sudah dua kali ditangguhkan.
Khabar angin
Anwar merayu terhadap sabitan dan hukuman bagi kedua-dua kesalahan tersebut dengan alasan perbicaraan di Mahkamah Tinggi empat tahun lalu, tidak dijalankan secara adil.
Pada 8 Ogos 2000, Mahkamah Tinggi mendapati Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja bersalah meliwat bekas pemandu keluar Anwar, Azizan Abu Bakar. Permohonan mereka kepada Mahkamah Rayuan ditolak pada 18 April tahun lalu.
Sementara itu, Anwar mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana menurutnya, tidak campurtangan dalam bidang kehakiman.
Menurut Anwar lagi, Perdana Menteri dahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak akan melakukan perubahan-perubahan penting sepertimana yang diperkenalkan oleh Abdullah sekarang.
Beliau juga menafikan khabar angin mengenai rundingan sulit dengan Abdullah sehingga membawa kepada pembebasannya hari ini.
Happy Bday to you
Happy Bday to you
Happy Bday to Mdm Herlina
Happy Bday to you













luv u