Tuesday, February 08, 2005

Zahid Vs Irma Nurzahrah, Mana satu idola kite?

found this article somewhere....dasat lagi si irma ni..KUDOS




HARI ini jika ditanya 10 orang Melayu di negara ini, mungkin lima ataulebih daripada mereka kenal siapa dia Zahid, bukan Datuk Ahmad ZahidHamidi, Timbalan Menteri Pelancongan, tetapi Ahmad Zahid Baharuddin juara Akademi Fantasia 2 (AF2). Tetapi jika di tanya siapa anak Melayubernama Irma Nurzahrah Junian, jangankan 10, tanya 1,000 orang Melayupun belum tentu ada yang mengenali beliau.Kejuaraan Debat Universiti Dunia yang diadakan di Universiti TeknologiNanyang, Singapura awal tahun ini disertai lebih 1,000 pesertadaripada lebih 100 universiti termasuk Malaysia.

Irma Nurzahrah, 22,dari Malaysia dinobatkan pemidato terbaik dunia apabila beliaumengalahkan peserta dari Universiti British Columbia dan UniversitiAlberta, Kanada pada peringkat akhir.Tetapi sayangnya, orang kita mungkin kurang tahu hal ini kerana kurangatau tiada liputan media mengenainya. Inilah manifestasi kemelut minda orang Melayu yang seolah-olah tidak tahu lagi membezakan antara kacadengan permata. Ia bukan saja menjangkiti orang Melayu kebanyakan bahkan kelas atasan seperti ahli korporat, pemimpin dan cerdik pandai turut dijangkiti 'wabak' ini walaupun bukan semua.

Budaya mengidolakan artis atau berhibur semakin menjadi-jadi dewasaini bahkan ada kalanya sehingga pada tahap melampau. Jika tiada hiburan majlis, program, sambutan dan apa saja peristiwa seakan-akantidak sempurna. Daripada program amal sehinggalah ke program motivasi pelajar sekolah, artis mendapat tempat amat istimewa pada mata penganjur. Mungkin inilah puncanya sehingga ulama terpaksa bersuara agak nyaring sehingga menusuk gegendang telinga banyak pihak yangmendengar.
Untuk 'perjuangan' 10 minggu, artis seperti Zahid di AF2, org melayu sanggup menitiskan air mata, berbelanja sehingga RM7.5 juta untukkhidmat pesanan ringkas (SMS), demam panas, membuang masa berjam-jam menonton televisyen serta mengadakan majlis sambutan dan penghargaan untuknya setelah beliau dinobatkan sebagai juara.Kebetulan hampir semua universiti baru saja selesai mengadakan majlis konvokesyen masing-masing. Tetapi bagi pelajar Melayu yang lulus cemerlang selepas berhempas pulas bertahun-tahun memerah otak untuk memakai jubah dan menerima ijazah pada majlis konvokesyen, ada sesiapa yang menangis selain ibu bapa mereka atau membuat sambutan bagi menghargai usaha dan kejayaan mereka kerana mereka anak kelahirantempat atau daerah tertentu?

Apakah usaha Zahid seorang sehingga berjaya menyarung jubah 'konvokesyen' AF2 setanding usaha seorang pelajar Melayu yang berjaya menamatkan pengajian walaupun cacat penglihatan?Apa hebatnya Zahid yang berjaya mengalahkan peserta dari negeri lain dengan mendendangkan lagu Biarkan Bulan Bicara dan Milikku berbanding Irma Nurzahrah dan rakannya Raihan Ismail yang berjaya ke peringkata khir debat dunia kategori bahasa Inggeris sebagai bahasa keduamembahaskan tajuk 'That Japan Should Involve In Peacekeeping InForeign Land' mengalahkan peserta dari negara lain?

Nampaknya menyarung jubah AF dan menerima hadiah daripada Ramli MS lebih mahal pada mata kebanyakan orang Melayu daripada menyarung jubah konvokesyen dan menerima segulung ijazah daripada canselor atau rektor universiti. Apa sudah jadi?Sindrom berhibur melampau ini sebenarnya menampakkan kecetekan jiwa dan minda bangsa Melayu yang sejak sekian lama sememangnya berkrisis.Kemelut minda orang Melayu telah lama menjadi topik dan tema pelbagai perbincangan, tulisan dan seminar inisiatif cerdik pandai dan pemimpinMelayu.

Namun, hingga kini ia masih sukar untuk dirungkai. Salahsiapa? Mereka yang berbincang, menulis atau berseminar atau merekayang malas berfikir.Berhibur tidak salah jika kena pada tempat dan caranya. Tetapiberhibur semata-mata bukanlah cara bangsa yang merdeka. Hidup penuhhiburan adalah simptom kejatuhan dan keruntuhan sesuatu tamadun. Baratberdiri megah kerana maju. Malangnya jiwa bangsa mereka tempang keranahedonisme menjadi sebahagian budaya hidup mereka.

Tamadun yang merekabina sebenarnya menuju kelam.Allah swt tidak melarang manusia berhibur mengikut lunas petunjuk-Nya,tetapi Allah mengangkat darjat orang yang berilmu. Jika kita dambakankejayaan duniawi dan ukhrawi maka hendaklah menjadi hamba kepada ilmudan bukannya menjadi abdi kepada hiburan.Orang Melayu di negara ini memikul dwi-amanah yang cukup besarsifatnya. Sebagai khalifah mentadbir alam ini daripada manusia pertamabernama Adam a.s, dan sebagai pewaris kedaulatan tanah tumpah darahini daripada pejuang kemerdekaan silam.

Pada 31 Ogos, genap 47 tahun kita merdeka daripada penjajahanimperialis. Kita seronok kibarkan bendera dan laungkan merdeka, tetapimungkin tiada yang menitiskan air mata menginsafi pengertian,keperitan dan pengorbanan di sebalik erti sebuah kemerdekaan melainkanmereka yang terbabit melakar sejarah itu.Tetapi yang menghairankan apakah alasan orang kita menangis melihatidola mereka 'terkorban' dalam AF dan rancangan seumpamanya. Jangan sampai kita menang sorak, tanah tergadai kerana kita memang telahbanyak bersorak untuk perkara yang tidak berfaedah.Maka, jika selepas ini ada sesiapa yang bertanya Irma Nurzahrah ituanak siapa, kelahiran mana dan belajar di universiti mana untukmemberi penghargaan kepadanya, terserahlah kepada orang Melayu sendiriuntuk mencari jawapannya, jika masih ada yang sudi..