Monday, October 17, 2005

JANGAN LUPA JADI ISTERI SETELAH BERGELAR IBU
>
> Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah
>
> Menurut beliau kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang
> isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak
> atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan
> isteri. Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau
> empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.
>
> Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi
> sendiri,ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk
> melayan anak-anak tetapi lama-kelamaansuami menjadi bosan.
>
> Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri.
> Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi
> ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-
> gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan
> makan-minumnya.
>
> Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, "Encik nak minum, saya
> siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi....". Ini
> akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik
> sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, "You buat
> sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah..."
>
> Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi
> waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata..
> takut nanti ada isteri2 yang makan ati akhirnyer bila suami
> menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi...:).. Senantiasalah
> beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak
> puashati terhadap tolakan kita... sepanjang malam kita akan
> dilaknati oleh malaikat... sehinggalah suami kita memaafkannya..
> Kerna itu.. seboleh2nya..jangan biarkan si suami tertidur sendirian
> kerna menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan
> dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi
> keperluan dirinya.. tak semua semua inginkan seks semata2.. ada yang
> hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknyer...
>
> Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab
> akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham
> keadaan isteri. Pesan beliau, "Isteri jangan lupa menjadi isteri".
> Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap,
> tuangkan air dan berikan sentuhan saying walaupun hanya dua atau
> tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua
> atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita
> lain. Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasernyer bagi
> lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dier lepaskan bebanan
> kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan
> baik dari isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka
> pintu... tatkala itu..dihatinya pasti raser sungguh gembira kerana
> ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya..
>
>
>
> Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang
> anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan
> sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa
> tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang
> cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannyer
> berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan
> oleh anak2..ini silap.. sekalipun berapa anak yang
> diperolehi...suami tetap merupakan "Anak Sulung"... walau sayang
> banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa didahulukan....;)
>
> Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka
> boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua
> tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang
> tebal. Yang ada "pendinding" akan sengaja membahasakan diri tua
> dengan perempuan dibahasakan dirinya 'Pak cik' adalah dengan sengaja
> di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.
>
> Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan
> bilamana keadaan dirinya tak tenteram...dan dikala ini apabila ada
> wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur
> akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang
> menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa
> mengomel dan memperkecilkan diri suami.
>
> wallahualam.. :)

No comments: