Tuesday, October 04, 2005

Born of Fresh Prince of KL

hhmmm...tanggal 27 september 2005 bersamaam 25 syaaban 1426 tepat jam 3.13ptg di kampung baru medical centre KL...maka lahirlah seorang putera...hasil perkongsian hidup aku dan herlina hj ahmad... :)
muhammad haikal namanya...
campur baur perasaan aku bila laungkan azan...lafazkan kat iqamat...pada haikal...
tertitis air mata..tanda syukur...ke hadrat Illahi...
nikmat yang tiada tolok banding nya....
selepas diiqamatkan...haikal pun bersin buat pertama kalinya...
menitis lagi air mata aku...
tanda syukur dan tanda rendah diri aku terhadap kekuasaan Illahi...
semlm cukup seminggu haikal lahir ke dunia ini...
tali pusat pun dah tercabut....
ragam nya..macam aku...raut wajahnya macam lin :)

"oh tuhan...ku bersyukur ..
berikan kan aku dan isteriku kekuatan di dalam mendidik anak2 kami..
jadikan la mereka insan yang soleh dan solehah..
tunduk kepada perintah mu...akur dengan larangan mu..
seusungguhnya kepada kami bermohon..
jadikanlah aku dan isteriku pasangan yang bahagia dunia dan akhirat..
pasangan yang soleh dan solehah..
dah kurniakan kepada kami anak2 yang soleh dan solehah..
sempurna pancainderanya,tunduk kepada perintah mu...hormati org tua nya..dan
tinggalkan segala yang terlarang amin...ya rabbal alamin.."

No comments: