Tuesday, March 14, 2006

Cayalah Pakcik






Datuk 48 cucu nikah kali kelapan: AHMAD Robin, 78, yang mempunyai 48 cucu, semalam bernikah dengan isteri barunya, Jamilah Ismail, 54, iaitu yang kelapan selepas beliau menduda selama setahun. Pernikahan yang berlangsung di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru itu disempurnakan selepas solat Zuhur. Beliau yang mempunyai 12 anak bersyukur apabila dipertemukan dengan pasangannya selepas berpisah dengan isteri ketujuh Mac tahun lalu. “Pertemuan kami selepas diperkenalkan rakan. Hidup ini kosong selepas perpisahan itu,” katanya. Jamilah yang pertama kali bernikah pula berkata, dia tertarik dengan keikhlasan Ahmad setiap kali keluar. “Dia juga seorang penyayang,” katanya

No comments: