Thursday, July 15, 2004

satu research yg menarik dari student UKM..

Mungkin anda pernah mendengar perkataan IDOL tetapi anda tidak terlalu
mengambil tahu makna sebenar perkataan itu. Mungkin juga anda
menganggap
perkataan itu sama maknanya dengan perkataan IDOLA dalam bahasa Melayu
lantaran bunyi sebutannya yang hampir sama. Tahukah anda bahawa
tanggapan anda ini SALAH sama sekali!.
Mengikut takrifan kamus Oxford (Edisi ketiga 2001), IDOL dalam bahasa
Inggeris membawa maksud patung; berhala; pujaan; orang atau benda yang
terlampau disanjung. Dalam konteks pengunaan, perkataan ini lebih
sesuai
menjurus kepada pemujaan benda, patung atau berhala. Hal ini dapat
dilihat dengan jelas melalui beberapa terbitan perkataan lain seperti
berikut :


1. IDOLATRY = Penyembahan berhala
2. IDOLATER = Penyembah berhala; musyrikin
3. IDOLATROUS = (Bersifat) menyembah atau memuja
4. IDOLIZE = (Terlampau) menyanjung.
5. IDOLIZATION = Pemujaan; pendewaan.

Daripada terbitan perkataan-perkataan ini, jelaslah kepada kita bahawa
pengunaan perkataan IDOL hanya sesuai digunakan untuk mengambarkan
sifat
terlalu tasub, menyembah, memuja dan terlalu menyanjung sesuatu yang
bukan bersifat benda hidup atau dalam makna lain menyembah berhala /patung.

Isu pengunaan perkataan ini saya bangkitkan agar sahabat-sahabat muslim
sedia maklum tentang satu propaganda baru musuh Islam melalui
penerbitan
rancangan MALAYSIA IDOL yang sedang giat dipromosikan di TV3 dan TV8.

Buat pengetahuan sahabat-sahabat muslim sekalian, idea penerbitan
rancangan ini bermula dari Amerika Syarikat. Di sana dinamakan AMERICAN
IDOL. Modus operandi rancangan ini kemudiannya disebarkan ke beberapa
buah negara kononnya untuk mencari bakat-bakat baru dalam dunia seni
hiburan dari seluruh dunia. Di Indonesia, pencarian bakat baru untuk
rancangan ini telah berjaya menarik penyertaan beratus ribu belia.
Mereka sanggup beratur dan berpusu-pusu ditempat uji bakat semata-mata
untuk merebut gelaran INDONESIA IDOL. Paling menarik, belia-belia ini
yang juga beragama Islam lupa segala-galanya, makan minum
diabaikan?apatah lagi waktu solat?semuanya sibuk berlatih untuk
menghadiri sesi uji bakat. Hal yang sama sebenarnya turut berlaku di
negara kita. Secara sedar atau tidak, satu jarum licik propaganda jahat
musuh- musuh Islam berjaya menusuk di jiwa anak muda muslim.

Apakah tindakan kita sebagai muslim?. Langkah pertama pastinya kita
perlu menimbulkan kebencian dengan memboikot rancangan ini. Jelaskan
dengan terperinci kepada anak-anak muda kita tentang propaganda jahat
musuh Islam ini. Larang mereka daripada menyertai uji bakat yang hanya
membuang masa, wang dan tenaga. Paling penting, pemerintah harus di
desak agar lebih prihatin dengan isu-isu sensitif seperti ini.


MASIHKAH ANDA INGIN LAGI MELETAKKAN ARTIS SEBAGAI IDOL ANDA??

No comments: