Monday, July 12, 2004

got an email from a friend..
worth reading ...

> WASIAT RASULULLAH S.A.W.
>
> ADAB UZ-ZIFAF
>
> Ahmad telah menceritakan :
> "Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari
> Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid
> daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat
> kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :
>
> 1. "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka
> (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh
> kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah
> mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah
> s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas
> kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru
> rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi)
> dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah
> pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini
> pada minggu pertama perkahwinan iaitu :
>
> 1. Susu 2. Cuka 3. Coriander (Ketumbar) 4. Apple Masam"
>
> Saidina Ali r.a bertanya :
> "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"
>
> Baginda menjawab :
> "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat
> perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar
> di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat
> anak."
>
> Saidina Ali r.a bertanya :
> "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan
> semasa minggu pertama perkahwinan)."
>
> Baginda menjawab :
> "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan
> bersih selama-lamanya secara sempurna.
>
> Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan
> menyukarkan kepadanya kelahiran.
>
> Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid
> itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."
>
> 2. "Wahai Ali..! janganlah engkau berjima' dengan isterimu pada awal
> (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua
> hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan
> sopak mudah mengenainya dan anaknya."
>
> 3. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu selepas zuhor,
> sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana
> jima' pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka
> kepada manusia yang bermata juling."
>
> 4. "Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima', sesungguhnya
> jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima' yang
> demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu."
>
> 5. "Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah
> pandanganmu sewaktu berjima', (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta -
> iaitu anak."
>
> 6. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan perempuanmu dengan syahwat
> terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah
> s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan
> yang bersifat benci dan hina."
>
> 7. "Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca
> Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api
> (bala) dari langit yang membakar kamu berdua."
>
> 8. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu kecuali ada padamu
> satu tuala dan pada isterimu satu tuala."
>
> 9. "Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu
> tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat
> syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu
> akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah
> dan talak."
>
> 10. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu secara
> berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai,
> jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu
> sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di
> merata-rata tempat."
>
> 11. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil
> Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan
> kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat
> anak baginya kecuali sudah tua."
>
> 12. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam
> 'Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima' pada malam
> tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku
> bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat."
>
> 13. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah
> cahaya matahari (secara langsung - direct) dan terkena warna (cahayanya),
> kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya
> kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan
> menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga
> mati."
>
> 14. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah pohon
> kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu
> berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat
> atau seorang ketua yang bengis,"
>
> 15. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu sewaktu antara
> azan dan iqomah, jika berjima' pada waktu demikian, sesungguhnya jika
> Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang
> menumpahkan darah."
>
> 16. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu semasa ia
> hamil kecuali kamu berdua berwudhu', jika tidak maka sesungguhnya jika
> Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang
> yang buta hati dan bakhil tangan."
>
> 17. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada
> pertengahan (Nisfu) Sya'ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika
> Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai
> tanda yang jelek pada muka dan rambutnya."
>
> 18. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada akhir
> bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika
> Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut
> menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta."
>
> 19. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu dengan syahwat
> terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu
> sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak,
> nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim
> dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia."
>
> 20. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di atas loteng
> maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak
> kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang
> melewati batas."
>
> 21. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam
> kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau
> Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan
> harta kepada yang tidak Haq," dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran
> : "Innal Mubazziriina kaanu - ikhwan Nas - Syayathin."
>
> 22. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu bila kamu
> keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian
> itu sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak,
> nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim."
>
> 23. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada awal
> malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia
> menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada
> akhirat."
>
>
> ANJURAN BERJIMA'
>
> 24. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu bacalah :
> "Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani." Maka yang
> demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak
> dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya."
>
> 25. "Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima' dengan isterimu pada malam
> Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua
> anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah
> (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik dan
> buruk Qada' dan Qadar Allah)."
>
> 26. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Selasa,
> Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat
> Mati Syahid sesudah syahadah : 'Anla ilahaillallah wa anna Muhammada
> ar-Rasulullah' dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya)
> bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan
> hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan
> mengadu-domba."
>
> 27. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu malam Khamis, maka
> Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana,
> atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim."
>
> 28. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu sewaktu matahari di
> tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak
> yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi
> seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan
> agama dan dunia."
>
> 29. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat
> dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan
> petah."
>
> 30. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada hari Jumaat,
> selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal,
> masyhor dan alim."
>
> 31. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat
> selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti
> menjadi seorang yang abdal (terkemuka),"
>
> "WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA
> DARI JIBRIL A.S.".....1*
>
> (1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms
> 174.

No comments: